Lelaki disangka 'pengemis' beli kereta Daihatsu secara tunai

Lelaki disangka ‘pengemis’ beli kereta Daihatsu secara tunai

LELAKI berpakaian selekeh yang disangka pengemis membeli kereta secara tunai.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SRAGEN: Walaupun kelihatan selekeh seperti ‘pengemis’, seorang lelaki berusia 69 tahun membuat kejutan dengan membeli kereta secara tunai.  

Lapor Kompas.com, Wardji hanya berjalan kaki dan membawa segumpal wang untuk membuat pembayaran bagi kereta All New Sigra 2022 jenama Daihatsu bernilai 180.4 juta rupiah (RM54,300).  

Pada mulanya, pengawal keselamatan di kedai pameran kereta itu hanya memandang lekeh terhadap niat lelaki itu membeli kereta. 

Pegawai Jualan di PT Mandiri Zirang Utama, Sragen, Dezy Ais, 35, berkata, pengawal keselamatan itu kemudian merujuk pelanggan itu kepada saya. 

Katanya, pengawal itu langsung tidak menyangka lelaki itu adalah pelanggan sebenar yang berhasrat membeli kereta baharu. 

“Dia menyangka pelanggan itu adalah pengemis kerana dia hanya memakai pakaian biasa. 

“Saya kemudian membawa Wardji melihat beberapa kereta di dalam ruang pameran. Namun, dia tidak membuat pembelian kereta terus, sebaliknya, berjanji akan datang semula dengan membawa wang tunai mencukupi,” katanya. 

Dezy berkata, dia melayan semua pelanggan yang datang ke premisnya dengan hati terbuka tanpa memilih bulu. 

Malah, dia lebih terkejut apabila pelanggan itu datang semula dan memilih duduk di atas lantai untuk mengira wangnya daripada duduk di kerusi. 

“Lelaki itu mengira wang dari pukul 7 hingga 10 pagi. Ada juga wang yang kelihatan sudah reput dimakan anai-anai akibat disimpan terlalu lama.

“Selepas pembayaran selesai dilakukan, kereta berwarna putih itu terus dihantar ke rumah Wardji. Rumahnya juga kelihatan biasa tanpa memiliki garaj,” katanya.  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya