Lelaki ceroboh kurungan singa di Ghana maut dibaham - Utusan Malaysia

Lelaki ceroboh kurungan singa di Ghana maut dibaham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ACCRA: Tindakan seorang lelaki yang memanjat pagar untuk memasuki kurungan singa di sebuah zoo di Ghana menyaksikan dia maut dibaham haiwan buas itu.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Perhutanan Ghana, lelaki berkenaan diserang selepas dia melompat melepasi pagar keselamatan di zoo yang terletak di ibu negara Ghana itu.

“Penceroboh terbabit cedera diserang oleh seekor singa betina yang ditempatkan di kurungan terbabit, di dalam kawasan berpagar, bagaimanapun mangsa kemudian maut akibat kecederaannya,” menurut kenyataan agensi terbabit.

Ketika kejadian, singa betina yang menyerangnya itu sedang menjaga dua ekor anaknya dan disahkan masih berada dalam kurungan di Zoo Accra.

Jurucakap polis memberitahu AFP, mereka masih menyiasat bagaimana mangsa dapat memasuki kawasan larangan tersebut.

Zoo Accra bermula sebagai zoo peribadi milik Presiden pertama Ghana, Kwame Nkrumah, pada awal 1960-an sebelum dibuka kepada umum selepas beliau digulingkan pada 1966. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya