Korea Utara tarik balik peraturan pakai pelitup muka - Utusan Malaysia

Korea Utara tarik balik peraturan pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Korea Utara menarik peraturan pemakaian pelitup muka dan beberapa lagi sekatan Covid-19, lapor media kerajaan negara itu.

Tindakan itu dibuat beberapa hari selepas pemimpin negara itu, Kim Jong Un mengisytiharkan kemenangan memerangi jangkitan virus Covid-19.

Pengumuman itu dibuat selepas Pyongyang awal minggu ini menuduh Seoul menyebabkan penularan Covid-19 di negara itu dan mengancam untuk ‘menghapuskan’ pihak berkuasa Korea Selatan, sekiranya perlu dilakukan.

Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) melaporkan sekatan Covid-19 dilonggarkan ketika ‘krisis kesihatan awam yang tercetus di negara itu berjaya diredakan sepenuhnya dan seluruh wilayahnya bebas daripada virus jangkitan dalam tempoh paling singkat’.

“Peraturan mewajibkan pemakaian pelitup muka ditarik balik di semua lokasi kecuali kawasan barisan hadapan dan bandar serta daerah sempadan kerana seluruh negara sudah bertukar menjadi zon bebas Covid-19,” jelas KCNA.

Sebelum ini, Pyongyang mengisytiharkan ‘kemenangan’ memerangi wabak Covid-19, hanya beberapa bulan selepas mengumumkan kes pertamanya pada Mei lalu.

Langkah penjarakan sosial dan sekatan Covid-19 juga ditarik balik kecuali di kawasan sempadan.

Bagaimanapun, penduduk yang mempunyai gejala penyakit pernafasan disarankan memakai pelitup muka.

Rakyat Korea Utara digesa untuk ‘kekal berwaspada’ terhadap ‘perkara tidak normal’ yang didakwa merujuk kepada propaganda dari Korea Selatan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.