Chelsea ikat Pedro RM289j

Chelsea ikat Pedro RM289j

Joao Pedro (tengah) akan menjalani ujian perubatan sebelum menyertai skuad Chelsea dengan nilai 50 juta pound. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jentera serangan Chelsea lebih tajam pada suku akhir Piala Dunia Kelab menentang Palmeiras pada Sabtu ini selepas berjaya mengikat Joao Pedro dari Brighton.

Pemain antarabangsa Brazil itu sedang dalam perjalanan ke Amerika Syarikat untuk menjalani ujian perubatan sebelum menyertai skuad Chelsea dengan nilai 50 juta pound (RM289 juta).

Pedro, yang menyertai Brighton dengan rekod kelab ketika itu bernilai 30 juta pound (RM174 juta) dari Watford dua tahun lalu, menjaringkan 30 gol dalam 70 penampilan bersama The Seagulls.

Bagaimanapun, pemain berusia 23 tahun itu terlepas dua perlawanan terakhir Brighton musim lalu selepas digugurkan berikutan insiden pergaduhan di pusat latihan bersama rakan sepasukan, Jan Paul van Hecke.

FIFA memberi kelonggaran kepada kelab yang terbabit pada peringkat kalah mati Piala Dunia Kelab sehingga 3 Julai untuk mendaftarkan pemain baharu bagi kejohanan berkenaan.

Pemain sayap Borussia Dortmund, Jamie Gittens juga boleh menjadi pemain Chelsea menjelang tarikh itu selepas persetujuan bernilai sehingga 65 juta euro (RM322 juta) buat pemain berusia 20 tahun itu dicapai, kelmarin.

Chelsea sebelum ini membeli penyerang Liam Delap, pemain tengah Dario Essugo dan pemain pertahanan Mamadou Sarr pada jendela perpindahan musim panas kali ini.

Bintang muda Brazil, Estevao Willian, 18, juga akan menyertai kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu selepas kempen Piala Dunia Kelab bersama Palmeiras berakhir. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN