fbpx

Korea Utara sedia kerah 100,000 tentera ke Ukraine bantu Russia

MOSCOW: Dianggarkan 100,000 tentera Korea Utara bersedia dikerah bagi membantu pasukan askar Russia di Ukraine.

Pakar pertahanan Russia, Igor Korotchenko menyatakan, Russia ‘tidak seharusnya berasa malu’ untuk menerima bantuan daripada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

“Jika pasukan tentera Korea Utara dengan sistem artileri mereka ingin membantu Russia di Ukraine, maka kita perlu beri lampu hijau kepada mereka.

“Mungkin sudah tiba masanya untuk memberi peluang kepada Korea Utara memenuhi kewajipan antarabangsanya,” kata Korotchenko.

Agensi berita Regnum sebelum ini melaporkan, Korea Utara bersedia menyediakan bantuan diplomasi kepada Russia termasuk membantu membaiki aset ketenteraan yang rosak dan mengerahkan pasukan tenteranya berperang di Ukraine.

Pyongyang memaklumkan, pasukan tenteranya akan ditempatkan di Donetsk dan Luhansk apabila Jong-un mengiktiraf kedua-dua wilayah itu sebagai negara merdeka.

Bahagian selatan Donetsk dan Luhansk atau dikenali sebagai Donbas dikuasai kumpulan pemisah yang disokong Moscow selama hampir lapan tahun.

“Korea Utara bersedia untuk mengerahkan 100,000 tenteranya ke Donbas. Pyongyang juga memaklumkan mereka akan menghantar unit taktikalnya bagi membantu askar Russia.

“Sebagai balasan, Russia mungkin boleh membekalkan sumber tenaga dan bijirin kepada Korea Utara yang ketika ini berdepan dengan krisis ekonomi dan kekurangan bekalan makanan,” jelas laporan tersebut.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!