Kes pembunuhan Abe: Ketua polis Jepun letak jawatan - Utusan Malaysia

Kes pembunuhan Abe: Ketua polis Jepun letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Ketua polis negara Jepun, Itaru Nakamura mengumumkan peletakan jawatannya hari ini selepas siasatan keselamatan berkaitan kes pembunuhan bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe selesai dilaksanakan.

Nakamura membuat pengumuman itu dalam sidang akhbar yang memperincikan hasil siasatan terhadap kelemahan yang mungkin wujud berhubung tahap perlindungan dan keselamatan yang diberikan kepada pemimpin berprofil tinggi itu.

“Kami memutuskan untuk melakukan perubahan radikal dalam struktur kakitangan dan memulakan semula tugasan keselamatan kami.

“Saya sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan hari ini,” katanya.

Menurut Nakamura, pihaknya memutuskan untuk memulakan semula dan merombak sistem keselamatan mereka selepas meneliti kejadian berkenaan.

Abe, 67, yang juga perdana menteri paling lama berkhidmat di Jepun, ditembak ketika berkempen dalam satu insiden pada 8 Julai lalu.

Media tempatan melaporkan, Abe rebah selepas terkena tembakan pada bahagian leher sebelum meninggal dunia beberapa jam kemudian di hospital. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya