Kawal penggunaan senjata api, Kanada haramkan import pistol - Utusan Malaysia

Kawal penggunaan senjata api, Kanada haramkan import pistol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTREAL: Kanada mengumumkan bakal mengharamkan import pistol bermula 19 Ogos ini sebagai sebahagian daripada cadangan pembekuan yang lebih meluas berikutan kejadian tembakan besar-besaran berprofil tinggi di Amerika Syarikat.

Senjata sedemikian mempunyai satu tujuan sahaja iaitu untuk membunuh orang, menurut Menteri Keselamatan Awam Marco Mendicino dalam sidang akhbar mengumumkan langkah itu.

Hal Ehwal Global Kanada dalam satu kenyataan menambah, larangan untuk perniagaan dan individu adalah langkah sementara ditetapkan untuk ‘berlanjutan sehingga pembekuan nasional berkuat kuasa’, yang dijangka berlaku menjelang musim luruh.

Pengumuman itu disambut baik oleh kumpulan kawalan senjata PolySeSouvient, yang menggelarnya sebagai ‘langkah penting dan inovatif yang sudah pasti akan memperlahankan pengembangan pasaran pistol Kanada sementara menunggu laluan’ pembekuan pistol.

Namun, Gabungan Hak Senjata Api Kanada menggelar langkah itu sebagai ‘satu lagi penyalahgunaan proses atas sebab politik’, dengan mengatakan cara untuk memastikan keselamatan awam adalah dengan mengharamkan import pistol yang tidak sah, bukan sah.

“Mereka melarang warga Kanada yang berlesen dan diperiksa daripada memiliki senjata api secara sah yang mereka miliki selama lebih 100 tahun di Kanada,” katanya.

Pakar masih ragu-ragu mengenai keberkesanan langkah kawalan senjata yang diambil oleh Ottawa, menunjukkan penyeludupan senjata api dari negara jiran Amerika Syarikat sebagai masalah sebenar.

Rabu lalu, Agensi Perkhidmatan Sempadan Kanada mengumumkan dua rampasan besar senjata api di barat Kanada, yang tidak mempunyai nombor siri dan sukar untuk dikesan.

Pengumuman itu dibuat beberapa bulan selepas Perdana Menteri, Justin Trudeau melancarkan cadangan pembekuan pemilikan pistol negara pada Mei lalu.

Menurut anggaran kerajaan, terdapat lebih satu juta pistol di Kanada yang mempunyai populasi 38 juta dengan sebanyak 2,500 premis perniagaan menjual senjata api. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya