Jokowi mahu rakyat disuntik vaksin Covid-19 lagi

Jokowi mahu rakyat disuntik vaksin Covid-19 lagi

KEMENTERIAN Kesihatan akan menentukan lokasi yang mempunyai kadar imunisasi yang rendah sebelum diberikan vaksin Covid-19.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Kesihatan diarahkan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) untuk melaksanakan semula program vaksinasi Covid-19, hujung tahun ini. 

Lapor Kompas.com, Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin berkata, vaksinasi itu disasarkan kepada kumpulan yang mempunyai imuniti yang rendah. 

Sebelum vaksin diberikan, beliau menjelaskan pihak kementerian akan melakukan tinjauan sero terlebih dahulu bagi menentukan masyarakat di sesebuah daerah yang sudah menurun kadar imunisasi. 

Katanya, tinjauan itu juga bertujuan mengenal pasti kumpulan individu yang mempunyai tahap imunisasi yang makin merosot. 

“Vaksinasi Covid-19 bertujuan meningkatkan imunisasi populasi bagi berdepan potensi gelombang seterusnya. 

“Kita akan lebih selektif memilih kawasan yang mempunyai imuniti yang rendah,” katanya. 

Menurut Budi, vaksinasi itu dipilih kerana keadaan menunjukkan penyebab penularan Covid-19 di Indonesia ketika ini cukup landai. 

“Imunisasi dalam kalangan rakyat adalah sangat tinggi dengan 98.5 peratus sudah divaksin,” katanya.  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya