SEOUL: Seorang wanita dipercayai merupakan ibu kepada dua kanak-kanak yang mayat mereka ditemukan dalam beg pakaian di New Zealand baru-baru ini berada di Korea Selatan, pihak berkuasa Seoul mengesahkan hari ini.
Seorang pegawai polis memberitahu Reuters bahawa wanita itu, warga New Zealand kelahiran Korea, tiba di Korea Selatan pada 2018 dan sejak itu tidak mempunyai rekod berlepas.
Di mana dia berada dan sama ada dia mempunyai saudara-mara lain bersamanya ketika dia tiba di Korea Selatan tidak diketahui setakat ini.
“Polis New Zealand meminta pengesahan sama ada orang yang mungkin ada kaitan dengan kes jenayah berada di Korea Selatan,” kata pegawai polis itu sambil mengatakan, berdasarkan alamat dan umur, wanita itu mungkin ibu kepada anak-anak itu.
Polis New Zealand melancarkan siasatan pembunuhan di Auckland bulan ini selepas dua mayat kanak-kanak itu ditemukan oleh sebuah keluarga yang sedang meneliti kandungan loker simpanan yang mereka beli.
Kata polis New Zealand lagi, dua kanak-kanak itu berumur antara 5 dan 10 tahun sudah meninggal dunia untuk sejak sekian lama, namun keluarga yang menemui mayat itu tidak mempunyai kaitan dengan kematian itu. – REUTERS