Grid elektrik ke loji nuklear Zaporizhzhia diputuskan - Utusan Malaysia

Grid elektrik ke loji nuklear Zaporizhzhia diputuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Grid elektrik ke loji kuasa nuklear Zaporizhzhia di Ukraine diputuskan buat kali pertama, lapor agensi berita Anadolu semalam.

Syarikat nuklear Energoatom memaklumkan, sambungan ke loji itu diputuskan selepas insiden kebakaran merosakkan talian kuasa yang menyambungkannya ke grid.

Pihak berkuasa pro-Russia di Energodar, menyatakan sistem keselamatan sudah diaktifkan di loji itu kerana bekalan elektrik terputus akibat konflik berterusan di rantau tersebut.

Loji Zaporizhzhia yang terletak di tenggara Ukraine merupakan loji tenaga nuklear terbesar di Eropah dan berada dalam kawalan Russia sejak 4 Mac.

Loji itu mempunyai enam reaktor nuklear dengan kapasiti penjanaan elektrik 5,700 megawatt per jam, serta menyumbang 20 peratus daripada jumlah tenaga elektrik di Ukraine.

Serangan artileri berterusan menyasarkan sekitar loji kuasa itu, manakala Ukraine dan Russia saling menuding jari antara satu sama lain berhubung serangan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya