Gereja terbakar di Mesir, 41 penganut rentung - Utusan Malaysia

Gereja terbakar di Mesir, 41 penganut rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Sekurang-kurangnya 41 penganut Kristian Koptik terkorban dalam kebakaran di dalam gereja di bandar Giza, semalam dengan kebanyakan mangsa melibatkan kanak-kanak.

Litar elektrik mencetuskan percikan api ketika hampir 5,000 penganut berkumpul di dalam gereja Abu Sifin dekat kejiranan Imbaba, mengakibatkan rempuhan.

Menurut sumber keselamatan, kira-kira 55 orang cedera dalam insiden tersebut.

Sebanyak 15 jentera bomba bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan api, manakala ambulans menghantar mangsa ke hospital berdekatan.

Dalam pada itu, proses pengebumian juga dilakukan di dua gereja pada sebelah petang.

Ratusan berkumpul untuk memberikan penghormatan terakhir kepada semua mangsa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN