Genap setahun Taliban tadbir Afghanistan

Ramai pejuang Taliban kembali belajar di universiti

KANAK-KANAK berjalan menuju ke sekolah rendah di Kabul.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Sejak pengambilalihan tampuk pemerintahan Afghanistan oleh kerajaan Taliban dari bekas Presiden, Ashraf Ghani, Ogos lalu, banyak perubahan besar dapat dilihat di negara Asia Barat itu. 

Ratusan pejuang Taliban sudah mula kembali ke sekolah dan universiti sama ada dengan kerelaan hati sendiri atau diarahkan komander mereka. 

Kalau dahulu, Gul Agha Jalali hanya tahu membuat bom untuk disasarkan kepada kerajaan tentera yang menjadi tali barut Amerika Syarikat, namun, pemuda berusia 23 tahun itu sekarang sudah mula menelaah buku. 

Gul Agha yang bekerja di Kementerian Pengangkutan dan Penerbangan Awam kini mempelajari Bahasa Inggeris dan mendaftar kursus sains komputer di Kabul. 

“Apabila negara dijajah oleh bangsa asing, kita perlukan bom, mortar dan senjata api. 

“Namun kini, keadaan sudah berubah kerana terdapat keperluan lebih besar untuk pendidikan.

“Dunia sedang berkembang maju dan kita memerlukan teknologi dan pembangunan,” katanya yang berpengalaman menanam bom selama lima tahun. 

Berdasarkan sejarah, perkataan ‘Taliban’ bermaksud ‘pelajar’ dalam Bahasa Arab dan nama gerakan Islam itu berasal dari sebuah sekolah agama di selatan Afghanistan pada 1990an. 

Kebanyakan pejuang Taliban sebelum ini mendapat pendidikan agama di madrasah dan situasi sekarang ternyata banyak perbezaan. 

Dalam pada itu, Jurucakap Kerajaan, Bilal Karimi berkata, keinginan yang ditunjukkan seperti Gul Agha menunjukkan rakyat Afghanistan mendambakan pendidikan. 

“Ramai pejuang Taliban mempunyai motivasi tinggi yang belum menamatkan pengajian dengan menghubungi institusi pendidikan dan mengambil kursus pilihan mereka,” katanya. 

Bagaimanapun, Bilal berkata, pendidikan masih menjadi isu yang sangat besar di negara ini. 

Difahamkan, pelajar perempuan sekolah menengah masih dilarang ke kelas sejak Taliban kembali berkuasa. 

Sehingga sekarang, tiada tanda-tanda menunjukkan mereka dibenarkan kembali ke sekolah walaupun beberapa pemimpin pernah berjanji. 

Walaupun kurikulum terdahulu sebahagian besarnya kekal sama, kajian tentang muzik dan arca dibatalkan di sekolah dan universiti akibat mengalami kekurangan guru dan pensyarah berikutan penghijrahan golongan elit di Afghanistan. 

Institut Muslim Kabul mempunyai kira-kira 3,000 pelajar dengan separuh daripadanya adalah wanita, termasuk 300 pejuang taliban. 

Amanullah Mubariz berusia 18 tahun ketika dia menyertai Taliban dan tidak pernah berputus asa untuk menyambung pelajaran. 

“Saya membuat permohonan belajar ke Universiti India, tetpai gagal dalam ujian Bahasa Inggeris. 

“Sebab itu saya belajar di Institut Muslim di sini,” katanya tanpa mendedahkan jawatannya dalam Taliban. 

TALIBAN MAKIN KUKUH 

Sementara itu, Taliban mengumumkan kerajaan pimpinannya semakin kukuh selepas genap setahun mentadbir Afghanistan. 

Selepas tempoh setahun kembali berkuasa di Afghanistan, Taliban diyakini sebagai pasukan tentera yang lebih kuat dari sebelumnya. 

Bagaimanapun, Taliban tidak menolak ancaman terhadap pemerintahan masih wujud. 

Bagi mengukuhkan aspek pertahanan, Taliban mengerahkan ribuan pejuang ke Lembah Panshjir kerana kawasan itu merupakan satu-satunya menerima ancaman daripada tentera konvensional sejak pengambilalihan mereka. 

Kawasan lembah di timur laut Afghanistan itu menjadi benteng penentangan terhadap kuasa luar dan tempat kelahiran Barisan Penentangan Nasional (NRF), sejak beberapa dekad lalu. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya