Garuda masih banyak kelemahan       - Utusan Malaysia

Garuda masih banyak kelemahan      

IRFAN Setiaputra berdiri berhampiran pesawat Garuda Indonesia Boeing 373-800 di lapangan terbang Tangerang, Banten. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Syarikat penerbangan, Garuda Indonesia mengakui banyak kelemahan dikenal pasti membabitkan syarikat tersebut sepanjang pandemik Covid-19.

Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Presidennya, Irfan Setiaputra dalam forum bertajuk Sustainability Compass: The Role of Global Challenge Values di sidang kemuncak G20.

“Pandemik ini sebenarnya membuka kotak Pandora untuk Garuda. 

“Sesuatu tidak dapat dielakkan berlaku semasa pandemik ini yang membuka mata kita bahawa banyak perkara penting sudah terlepas.

“Kita adalah syarikat penerbangan nasional yang harus memberi keutamaan kepada Indonesia terlebih dahulu serta mengamalkan nilai alam semula jadi,” katanya seperti dilaporkan Kompas.

Menurut Irfan, masalah lain yang dikenal pasti adalah industri penerbangan memberi impak negatif kepada alam sekitar.

Katanya, ini kerana penerbangan dari Indonesia ke luar negara memerlukan kira-kira 100 tan bahan api pesawat (avtur).

“Justeru, Garuda Indonesia akan menggunakan bahan api mesra alam dalam masa terdekat,” katanya.

Tambah Irfan, selain isu bahan api mesra alam, Garuda Indonesia juga akan menggantikan penggunaan pinggan mangkuk dengan bahan kitar semula. 

“Kutleri ini sudah ditempah dan tidak lama lagi akan digunakan oleh para penumpang syarikat penerbangan kami,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN