Empat kritikal disambar kilat

Empat kritikal disambar kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seramai empat individu kritikal akibat mengalami kecederaan selepas disambar kilat berdekatan White House.

Lapor BBC, ketika kejadian, dua lelaki dan wanita berada di Lafayette Park di Washington sebelum kilat sabung-menyabung dan menyambar mereka.

Kilat tersebut menyambar sebuah pokok berdekatan bangku yang mengelilingi kompleks White House.

Disebabkan taman tersebut berada dekat dengan pejabat Presiden, anggota perkhidmatan rahsia antara pasukan terawal menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa belum dikenal pasti lagi.

“Kesemua empat mangsa berada dalam keadaan kritikal dan boleh mengancam nyawa mereka.

“Kami memberikan rawatan segera dan memindahkan kesemua mangsa ke hospital berdekatan,” kata Jabatan DC dan EMS.

Setakat ini, pihak berkuasa belum mendedahkan sebab sebenar mereka berada di kawasan itu sebelum disambar kilat.

Disebabkan kejadian itu, taman tersebut masih ditutup kepada orang awam dan pasukan kecemasan mengawal lokasi tersebut.-BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya