Dakwa peluru berpandu masuki ruang udara, Taiwan selar China - Utusan Malaysia

Dakwa peluru berpandu masuki ruang udara, Taiwan selar China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Taiwan menyelar China selepas negara itu melancarkan sejumlah peluru berpandu di sekitar kawasan perairannya, dengan empat daripadanya didakwa memasuki ruang udara Taipei.

Dalam latihan ketenteraan yang berlangsung hari ini, China melepaskan peluru berpandu balistik dan menggerakkan jet tempur serta kapal perang di sekeliling Taiwan.

Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) mengiytiharkan zon bahaya dan tidak dibenarkan masuk di sekitar Taiwan, sekali gus menjejaskan laluan perkapalan paling sibuk di dunia.

Beijing menegaskan latihan itu akan diteruskan sehingga Ahad ini.

Pencerobohan oleh tentera China di Taiwan sudah menjadi ‘kebiasaan’ sejak 2020.

Dalam pada itu, Speaker Kongres Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi mempertahankan kunjungannya ke Taiwan dengan menegaskan Washington tidak akan membenarkan China mengasingkan Taiwan.

“Kami sudah tegaskan dari mula bahawa kunjungan kami ke Taiwan bukan untuk mengubah status quo di Asia, mengubah status quo di Taiwan,” katanya.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri Taiwan, Su Tseng-chang menggesa semua sekutu wilayah itu supaya meredakan ketegangan yang berlaku.

“Kami tidak jangka China akan menunjukkan kuasanya ‘benar-benar di depan pintu kita’.

“Tindakan Beijing ternyata menjejaskan pelbagai pihak,” ujarnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN