China larang import barangan Taiwan, kecuali mikrocip

China larang import barangan Taiwan, kecuali mikrocip

KEREPEK jagung Kuai Kuai antara 2,000 produk Taiwan yang dilarang oleh Beijing. - ABC INDONESIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Kerajaan China melarang lebih 2,000 produk makanan dari Taiwan untuk dijual di negara itu.

Kerepek jagung Kuai Kuai yang merupakan makanan ringan popular di China selama bertahun-tahun, turut berada dalam senarai larangan berkenaan.

Langkah itu dilaksanakan selepas lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi ke Taipei pada minggu lalu.

Antara produk makanan dilarang termasuk gula-gula, minuman ringan, kek nanas, kicap, mi segera, kumbucha, pelbagai jenis pastri, ikan beku dan buah-buahan seperti oren.

Memetik laporan Agensi Berita Pusat Taiwan, senarai larangan itu merangkumi 75 peratus eksport makanan Taiwan ke China.

Namun, China tidak mengenakan larangan terhadap produk lain Taiwan seperti mikrocip untuk komputer.

Ini bukan kali pertama China mengenakan sekatan ekonomi terhadap Taiwan.

Pada Mac tahun lalu, China menghentikan import nanas dari Taiwan kerana mengesan `organisma berbahaya’ pada komoditi itu.

Enam bulan kemudian, China juga mengenakan larangan ke atas import gula dan epal bersalut lilin atas alasan yang sama.

Ketika media Beijing melaporkan larangan import itu disebabkan `tindakan balas dendam’ susulan lawatan Pelosi, Kementerian Ekonomi Taiwan pula menyatakan beberapa produk disekat secara rasmi kerana label tidak tertera `Taiwan China’.

Pihak berkuasa kastam China memaklumkan larangan itu disebabkan bungkusan ikan dikesan positif Covid-19 dan buah disekat masuk kerana mengandungi kandungan bahan kimia dan dadah yang tinggi.

Sementara itu, jurucakap syarikat makanan di Taiwan menyatakan China melarang enam produk dihasilkan firma mereka termasuk roti, gula-gula dan pastri.

“Penjelasan yang kami terima adalah tidak menyediakan dokumen yang diperlukan.

“Kami pun masih tidak tahu apa dokumen yang mereka perlukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.