Budak 10 tahun maut ditikam ketika belajar dalam kelas

Budak 10 tahun maut ditikam ketika belajar dalam kelas

ANGGOTA polis meletakkan pita kuning di sebuah kelas di Deli Serdang yang menjadi lokasi pembunuhan mangsa.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUMATERA: Nasib tragis dialami oleh seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang ditikam oleh bapa saudaranya di dalam sebuah kelas di Yayasan Baiti Jannati, Deli Serdang. 

Lapor Tribunnews, Ketua Polis Sunggap, Chandra Yudha Pranata berkata, pelaku tiba-tiba masuk ke dalam kelas dan menikam mangsa ketika kejadian. 

Katanya, mangsa maut akibat tikaman di hadapan murid-murid lain dan guru kelas mereka. 

“Disebabkan kejadian itu, murid-murid lain menjerit ketakutan sebelum suspek melarikan diri.

“Sehingga kini, kita masih berusaha menjejaki suspek bagi mengetahui motif sebenar,” katanya. 

Sementara itu, abang mangsa, Nadya, 25, berkata, tiada hal yang mencurigakan ketika dia menghantar adiknya ke sekolah. 

“Setiap hari saya hantar adik ke sekolah dan ketika hari kejadian, dia masuk ke sekolah seperti biasa.

“Tak lama selepas itu, saya dihubungi oleh pihak sekolah yang mengatakan adik saya sudah meninggal dunia,” katanya. 

Nadya berkata, pelaku berkemungkinan melompat dari arah belakang sekolah.

Katanya, sepanjang perjalanan ke sekolah, dia tidak melihat bapa saudara mengekorinya. 

“Sebelum ini, memang adik saya kerap mendapat ancaman bunuh dari bapa saudara.

“Saya tidak menghiraukan ancaman itu kerana dia adalah bapa saudara saya. 

“Namun, saya tak sangka dia benar-benar membuktikan ancamannya. Saya berharap sangat dia dapat ditangkap segera,” katanya. 

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.