Bayar RM81,149 sebelum daki gunung Mont Blanc untuk kos 'hilang dan kematian'

Bayar RM81,149 sebelum daki gunung Mont Blanc untuk kos ‘hilang dan kematian’

SEORANG atlet menyertai acara maraton di pergunungan Mont Blanc, Charmonix, Perancis.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pendaki yang mendaki puncak gunung Mont Blanc di Perancis perlu membayar deposit 15,000 pound (RM81,149) bagi menanggung kos sekiranya mereka perlu diselamatkan atau berlaku kes kematian.

Lapor The Guardian, Datuk Bandar Saint-Gervais-les-Bains, Jean Marc Peillex berkata, peraturan itu dikenakan sebagai tindak balas terhadap berpuluh-puluh amaran yang diingkari oleh pendaki sebelum ini.

Jelasnya, kos 10,000 pound (RM54,000) bagi menampung kos penyelamatan dan 5,000 pound (RM27,000) untuk pengebumian.

Julai lalu, jurupandu tempatan menangguhkan operasi mereka di sepanjang laluan yang boleh diakses oleh pendaki dari mana-mana tahap kemahiran disebabkan oleh batu besar yang berisiko terjatuh.

Orang ramai juga dinasihatkan tidak melakukan pendakian susulan gelombang haba yang kuat dan berlarutan sehingga menjadikan keadaan di gunung lebih berbahaya.

Menerusi kenyataan yang disiarkan dalam Twitter, Peillex berkata, ramai pendaki mengabaikan amaran itu termasuk lima pendaki Romania yang cuba mendaki menggunakan seluar pendek dan topi jerami.

“Ramai mahu mendaki dengan ‘menggalas kematian di belakang mereka’.

“Jadi, mari kita jangkakan kos untuk menyelamatkan mereka dan acara pengebumian kerana beban itu tidak sepatutnya ditanggung oleh pembayar cukai di Perancis,” jelasnya.

Puncak gunung itu boleh didaki dengan mengambil laluan Ratti di Courmayeur, di sebelah Itali, namun ia jarang digunakan.

Datuk Bandar Courmayeur, Roberto Rota tidak bercadang menyekat akses tersebut kerana gunung itu bukan hak milik sesiapa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya