Lapan tawaran baharu UMNO berpijak pada realiti

Lapan tawaran baharu UMNO berpijak pada realiti

SHAMSUL Anuar Nasarah ketika ditemui selepas Ucapan Dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.-UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lapan perkara diketengahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan dasarnya disifatkan sebagai tawaran baharu kepada rakyat untuk menilai UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai pilihan kerajaan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, perkara yang dibentangkan itu bukan sekadar retorik sebaliknya berasaskan fakta, kajian dan penilaian terhadap realiti serta kehendak rakyat.

“Lapan perkara yang disuarakan oleh Presiden parti itu merupakan tawaran baharu kepada rakyat untuk membolehkan rakyat menilai UMNO, BN bersama rakan-rakan gabungan sebagai pilihan terbaik, alternatif berkerajaan pada hari ini.

“Ini realiti yang sebenar. Sebab itu apa yang disebut oleh Presiden parti tadi bukan bercakap tidak berasaskan fakta.

“Semua berasaskan fakta, berasaskan kajian, berasaskan penilaian dan sudah tentu, saya percaya rakyat akan menilai apa yang diutarakan tadi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Ucapan Dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini. 

Beliau berkata, ucapan dasar itu juga dilihat berani dan berpaksikan realiti semasa serta menyuarakan perkara yang diinginkan rakyat.

“Kerana hari ini rakyat tidak mahu lagi politik retorik, politik hanya berjanji, politik yang menyusahkan rakyat.

“Sebab itu BN, UMNO mahu menawarkan yang terbaik sebagai pilihan kepada rakyat.

“Saya harap apa yang disebut oleh Datuk Seri Presiden tadi benar-benar menepati apa yang diinginkan oleh rakyat sebenarnya,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×