Bakal pengantin maut dipanah petir ketika bergambar praperkahwinan

Bakal pengantin maut dipanah petir ketika bergambar praperkahwinan

BAKAL pengantin lelaki maut akibat dipanah petir di Gunung Jade Dragon Snow, wilayah Yunnan, China. - WEIBO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang bakal pengantin lelaki maut dipanah petir ketika menjalani sesi bergambar praperkahwinan bersama bakal isterinya di destinasi pelancongan yang popular di China.

Lapor Daily Mail, kejadian menyayat hati itu berlaku di Gunung Jade Dragon Snow di wilayah Yunnan, China pada 24 Ogos lalu.

Lelaki dikenali sebagai Ruan itu meninggal dunia serta-merta selepas terkena panahan petir semasa jurugambar sedang merakam gambarnya bersama pasangannya di Spruce Meadow.

Sebelum kejadian kilat menyambar, pihak berkuasa China mengeluarkan amaran cuaca tahap kuning iaitu ketiga tertinggi di bawah sistem amaran empat peringkat negara itu.

Dilaporkan, pasangan itu memutuskan untuk meneruskan sesi penggambaran mereka yang sudah dirancang awal walaupun amaran cuaca dikeluarkan.

Pasukan anggota perkhidmatan kecemasan bergegas ke tempat kejadian.

Malah, sekeping gambar dimuat naik di media sosial menunjukkan pasukan perkhidmatan kecemasan sedang membawa mangsa dalam hujan lebat.

Kerajaan China sedang menyiasat untuk mengesan sama ada pencemaran udara turut menjadi antara punca individu terkena panahan petir sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Satu laporan dikeluarkan pada 2017 mendapati kejadian panahan petir membunuh atau mencederakan hampir 4,000 orang di China setiap tahun.

Berita mengejutkan itu juga berlaku selepas kejadian seorang wanita Britain dipanah petir di Crotia enam hari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN