Angelina Jolie pernah dikasari Brad Pitt dalam pesawat

Angelina Jolie pernah dikasari Brad Pitt dalam pesawat

ANGELINA Jolie (kiri) dan Bradd Pitt bercerai pada 2016.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Beberapa keping gambar kecederaan dialami oleh pelakon Hollywood, Angelina Jolie akibat bergaduh dengan bekas suaminya, Brad Pitt semasa menaiki jet peribadi dari Perancis ke Los Angeles pada 2016, tular dalam media sosial. 

Lapor Daily Mail, pemenang Anugerah Oscar berusia 47 tahun itu pernah menghantar gambar yang menunjukkan lebam di tangan dan sikunya kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas ‘pergaduhan lisan dan fizikal’ melibatkan pasangan tersebut. 

Jolie berkata, semasa penerbangan itu, Pitt membawanya ke tandas di bahagian belakang pesawat dengan memegang bahunya sambil menjerit ke arahnya.

“Kau memalukan keluarga ini,” jerit Pitt.  

Difahamkan, semasa insiden itu, Jolie didakwa cuba mencekik Pitt dari belakang. 

Akibat tercekik, Pitt menolak badannya ke belakang sehingga menyebabkan Jolie jatuh terduduk di kerusi belakang mereka. 

Pelakon filem Maleficent itu mendakwa dia mengalami kecederaan di bahagian belakang dan siku tangannya. 

Maklumat itu berdasarkan dokumen FBI yang belum didedahkan secara terbuka, tetapi diperoleh dari beberapa saluran berita. 

Bagaimanapun, Pitt menafikan semua dakwaan bekas isterinya. 

Awal bulan ini, Jolie memfailkan saman terhadap FBI selepas siasatan ke atas Pitt ditutup. 

Difahamkan, saman itu juga mendakwa FBI mendedahkan maklumat berkaitan siasatan mengenai insiden pergaduhan dalam pesawat itu. 

Pitt dan Jolie merupakan antara pasangan popular Hollywood selama 12 tahun dan mengambil keputusan bercerai pada 2016. 

Hasil perkahwinan itu, mereka memiliki tiga anak kandung dan mengambil tiga anak angkat. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN