Amerika Syarikat paling banyak rekod serangan jerung

Amerika Syarikat paling banyak rekod serangan jerung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORIDA: Amerika Syarikat dikenal pasti sebagai kawasan tumpuan serangan jerung di dunia dengan 1,563 serangan tanpa provokasi direkodkan sejak 1580.

Lapor Daily Mail, data yang dikumpulkan oleh Muzium Florida mencatatkan Australia dengan 682 serangan, Afrika Selatan (258), Brazil (110), New Zealand (56), Mexico (41) dan Iran (23).

Pihak muzium menghasilkan peta interaktif yang membolehkan orang ramai meneroka bilangan serangan jerung di seluruh dunia.

Peta interaktif itu berdasarkan data dari Fail Serangan Jerung Antarabangsa (ISAF) yang merupakan pangkalan data komprehensif didokumentasikan secara saintifik bagi semua serangan serangan jerung yang dilaporkan.

“Pengumpulan data dimulakan sejak 1958 dan sehingga kini terdapat lebih 6,800 penyiasatan individu meliputi tempoh dari awal 1,500 sehingga sekarang,” jelas pihak muzium menerusi laman web rasmi.

Menurut ISAF, terdapat 137 serangan jerung terhadap manusia di seluruh dunia, tahun lalu.

Jelasnya, ini termasuk 73 gigitan tanpa provokasi yang berlaku di habitat semula jadi jerung.

Sementara itu, Brazil, New Zealand dan Afrika Selatan masing-masing pernah merekodkan tiga kes gigitan dan kematian akibat jerung tahun lalu.

Mengikut trend terkini, kebanyakan kes gigitan didapati melibatkan sukan papan luncur air yang menyumbang 51 peratus daripada jumlah kes.

“Kumpulan ini menghabiskan banyak masa di zon luncur air yang kebiasaannya dikunjungi oleh jerung dan mungkin secara tidak sengaja menarik perhatian haiwan pemangsa itu akibat percikan air.

“Perenang dan penyelam pula menyumbang 39 peratus insiden, dan baki serangan lain melibatkan penyelam bebas,” jelasnya.

Walaupun statistik ini kelihatan membimbangkan, pihak muzium yakin risiko gigitan jerung masih sangat rendah.

“Kami tidak anggap kejadian gigitan maut tahun lalu yang lebih tinggi daripada biasa adalah keadaan yang mencemaskan.

“Pada masa ini, tiada bukti menunjukkan lonjakan kematian dikaitkan dengan sebarang fenomena semula jadi.

“Sebaliknya, ia berkemungkinan akibat kebetulan selari dengan trend lima tahun, baru-baru ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.