23 maut, 36 cedera nahas bas di Maghribi - Utusan Malaysia

23 maut, 36 cedera nahas bas di Maghribi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RABAT: Sekurang-kurangnya 23 orang maut manakala 36 yang lain cedera dalam nahas bas yang berlaku di Casablanca, ibu negara Maghribi.

Ia merupakan antara kemalangan ngeri yang meragut banyak nyawa yang pernah dicatatkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut pihak berkuasa tempatan, bas itu terbalik di selekoh lebuh raya di wilayah Khouribga pada waktu pagi.

Sebelum ini, pihak berkuasa memaklumkan 15 orang meninggal dunia.

Pengarah Kesihatan Wilayah, Rochdi Kaddar kemudian mengesahkan 23 orang terkorban dalam nahas tersebut.

Katanya, bas itu dalam perjalanan dari Casablanca ke kawasan luar bandar Ait Attab berhampiran pekan Beni Mellal di kaki pergunungan High Atlas.

Mangsa cedera sudah dibawa ke hospital di Khouribga dan polis sedang menyiasat punca kejadian.

Kemalangan jalan raya agak kerap berlaku di Maghribi dan negara-negara di Afrika Utara.

Menurut Agensi Keselamatan Jalan Raya Kebangsaan, kira-kira 3,500 kes kematian dan 12,000 kes kecederaan direkodkan setiap tahun di Maghribi, dengan purata 10 kematian setiap hari. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya