United sedia jual pemain utama

United sedia jual pemain utama

MARCUS Rashford sedia meninggalkan Manchester United selepas tujuh tahun bersama kelab itu.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester United bersedia untuk menjual majoriti pemain utama mereka pada musim panas ini bagi mematuhi peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris (EPL) selain memulihkan semula kelab itu.

Bagaimanapun, pemiliknya baharunya, Sir Jim Ratcliffe dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Omar Berrada dijangka mengekalkan Kobbie Mainoo, Alejandro Garnacho dan Rasmus Hojlund.

United terlepas slot Liga Juara-Juara (UCL) musim depan yang memberikan tamparan hebat kepada pelan rombakan dan masa depan pemain serta pengurus Erik Ten Hag juga masih menjadi tanda tanya.

Laporan media Britain turut mendakwa ejen-ejen di kelab pesaing percaya rejim baharu di All Trafford yang diketuai Ratcliffe kini terbuka untuk menjual pemain mereka dan membuat bidaan tidak lama lagi.

Malah, Marcus Rashford dibenarkan meninggalkan pasukan apabila jendela perpindahan dibuka dan United sedia memberi pertimbangan sewajarnya jika penyerang itu berhasrat untuk berpindah.

Paris Saint-Germain (PSG) yang berunding dengan wakil, Rashford dua tahun lalu menjadi antara beberapa kelab yang mampu membeli pemain yang dianggarkan bernilai 75 juta pound (RM448 juta) itu bagi menggantikan Kylian Mbappe.

Penjualan penyerang England itu diyakini mampu menyuntik dana kepada United yang mahu meningkatkan bajet perpindahan mereka.

The Red Devils difahamkan mahu menandatangani penye­rang baharu, pemain tengah dan pertahanan kanan tetapi mungkin tidak dapat berbel­anja besar seperti tahun-tahun sebelum ini. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN