1.1 juta warga Myanmar hilang pekerjaan - Utusan Malaysia

1.1 juta warga Myanmar hilang pekerjaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Kira-kira 1.1 juta warga Myanmar dilaporkan hilang pekerjaan selepas insiden rampasan kuasa dan pandemik Covid-19.

Berdasarkan data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), angka itu menunjukkan penurunan berbanding bilangan individu hilang pekerjaan yang direkodkan sebelum dua insiden berkenaan.

Menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), kira-kira 1.1 juta lelaki dan wanita yang bekerja berbanding tempoh 2020.

ILO mengeluarkan anggaran baharu yang menilai impak pandemik dan rampasan kuasa pada Februari 2021 yang menggulingkan kerajaan dipilih secara demokratik.

Jelas ILO, kualiti pekerjaan merosot dengan pekerja dalam sektor utama seperti industri pakaian menghadapi lebih banyak kerja kasual, waktu kerja tidak teratur dan gaji yang lebih rendah.

“Produktiviti buruh juga merosot pada separuh pertama 2022 dan menurun lagi dua peratus selepas penguncupan sebanyak lapan peratus tahun sebelumnya.” jelas laporan PBB.

Angka itu menunjukkan kemajuan berbanding anggaran terakhir ILO pada Januari iaitu seramai 1.6 juta warga Myanmar hilang pekerjaan pada 2021.

“Situasi pekerjaan di Myanmar kekal amat sukar kira-kira 18 bulan lalu selepas rampasan kuasa tentera.

“Walaupun pertumbuhan pekerjaan terhad, kemerosotan keadaan tenaga pekerja yang berterusan dan penurunan kualiti pekerjaan amat membimbangkan,” kata pegawai perhubungan ILO Myanmar, Donglin Li.

Myanmar dilanda konflik dan keganasan sejak junta tentera melakukan rampasan kuasa daripada kerajaan yang diterajui oleh Aung San Suu Kyi.

Bank Dunia meramalkan ekonomi Asia Tenggara akan berkembang tiga peratus pada tahun ini, selepas menyusut sebanyak 18 peratus pada 2021. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN