Wanita lebih ramai di England - Utusan Malaysia

Wanita lebih ramai di England

PENEMUAN banci menunjukkan bilangan wanita melebihi lelaki di hampir setiap bahagian di negara itu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Statistik bancian terkini menunjukkan seramai 59.6 juta penduduk tinggal di England dan Wales, meningkat sebanyak 6.6 peratus berbanding 2011. 

Lapor Daily Mail, data dari Jabatan Perangkaan Kebangsaan mendedahkan jumlah penduduk meningkat sebanyak 3.5 juta dalam tempoh sedekad, dengan bahagian timur England menyaksikan kadar pertumbuhan yang tinggi.

Bahagian timur England menyaksikan peningkatan sebanyak 8.3 peratus, manakala kawasan Timur Laut pula mencatatkan 1.9 peratus dan Wales sebanyak 1.4 peratus.

Penemuan banci juga menunjukkan bilangan wanita melebihi lelaki di hampir setiap bahagian di negara itu.

Jumlah penduduk wanita adalah sebanyak 51 peratus daripada keseluruhan populasi manakala lelaki pula seramai 49 peratus, hampir sama dengan sedekad lalu.   

Kawasan yang mempunyai bilangan wanita melebihi lelaki adalah di London iaitu Kensington dan Chelsea (53.5 peratus), Hammersmith (53.1 peratus) serta Camden (52.6 peratus). 

“Hanya 13 kawasan majlis perbandaran di mana lelaki mengatasi wanita, dengan kadar penduduk wanita paling rendah dicatatkan di Kota London iaitu sebanyak 44.2 peratus.

“Selain itu, lelaki melebihi wanita di beberapa kawasan antaranya Rutland (51.5 peratus) dan Richmondshire (51.1 peratus),” jelas laporan itu.      

Sementara itu, Jabatan Perangkaan Kebangsaan mendedahkan jumlah penduduk yang semakin tua terus meningkat.

Jelasnya, seramai 11.1 juta penduduk berumur lebih 65 tahun, meningkat daripada 9.2 juta orang dilaporkan pada 2011.

Berdasarkan data, golongan warga emas itu membentuk sebanyak 18.6 peratus daripada jumlah keseluruhan.

“Bilangan penduduk berumur lebih 90 tahun pula meningkat sebanyak 23 peratus iaitu daripada 429,017 orang kepada 527,900 orang dalam tempoh sedekad,” jelas laporan itu.      

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya