Victoria Beckham bermasam muka dengan menantu?

Victoria Beckham bermasam muka dengan menantu?

BROOKLYN BECKHAM (kiri) selamat melangsungkan perkahwinan dengan Nicola Peltz di Palm Beach, Florida.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Khabar angin kononnya bekas anggota kumpulan Spice Girls, Victoria Beckham dan menantu baharunya, Nicola Peltz tidak berbaik menjadi tular dalam media sosial.

Lapor Mirror, hubungan antara kedua-dua wanita itu dikatakan mulai renggang sejak keluarga Beckham menjadi sebahagian daripada hos perkahwinan pasangan muda itu yang bernilai 5 juta pound (RM26.72 juta) pada April lalu.

Beberapa laporan mendakwa David, Victoria dan anak-anak mereka tidak dijemput untuk duduk di meja teratas di majlis bernilai jutaan pound itu.

Meja tersebut sebaliknya diduduki oleh bapa Nicola iaitu taikun hartawan, Nelson dan ibunya, model Claudia serta adik-beradiknya.

“Nampaknya seperti ada yang tidak kena antara keluarga Beckham dan Peltz.

“Tempat meja teratas semua diduduki oleh ahli keluarga Peltz dan ia seolah-olah menunjukkan keluarga Beckham tidak diberi kepentingan.

“Wujudnya perasaan bahawa majlis perkahwinan itu hanya mengenai keluarga Peltz kerana ia diadakan di rumah mereka dan anak mereka yang berucap,” kata seorang sumber kepada Daily Mail.

Sumber itu mendedahkan tiada ahli keluarga Beckham yang menduduki meja teratas pada majlis perkahwinan itu yang dilihat bertentangan dengan tradisi yang sudah lama wujud.

Di samping itu, para peminat menyedari paparan di akaun Instagram milik Victoria dan Nicola juga terhenti sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Sementara itu, Brooklyn kelihatan lebih rapat dengan mentuanya berbanding sebelum ini.

Malah, Brooklyn turut menjemput keluarga sebelah isterinya ketika berbulan madu baru-baru ini di selatan Perancis manakala keluarga Beckham pula bercuti di Croatia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN