Upah orang bunuh isteri, suami pula ditemukan mati - Utusan Malaysia

Upah orang bunuh isteri, suami pula ditemukan mati

LIMA orang suruhan yang dipercayai diupah oleh suspek untuk menembak mati isterinya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMARANG: Satu mayat lelaki yang merupakan seorang anggota tentera yang sebelum ini diburu kerana disyaki mengupah orang suruhan untuk menembak isterinya ditemukan di Kendal, Jawa Tengah.

Perkara itu dimaklumkan oleh jurucakap polis, Jamal Alam.

“Satu mayat lelaki yang dipercayai anggota tentera yang dikenali sebagai Muslimin ditemukan pada pukul 7.00 pagi waktu tempatan di rumah ibu bapanya.

MUSLIMIN

“Polis dikerahkan ke rumah ibu bapanya untuk menyiasat perkara berkenaan dan setakat ini, kami dimaklumkan jenazahnya sudah dibawa ke hospital untuk dibedah siasat,” katanya seperti yang dilapor CNN Indonesia.

Ketua Polis Jawa Tengah, Ahmad Luthfi memaklumkan, beberapa jam sebelum kematiannya, Muslimin tiba di rumah ibu bapanya pada pukul 5.30 pagi.

Katanya, selepas pintu dibuka, Muslimin terus masuk ke bilik ibu dan ayahnya serta meminta maaf sebelum mengalami muntah.

“Kemudian, dia keluar dan berbaring atas kerusi sebelum keluarganya menyedari lelaki itu sudah tidak bernyawa dan menghubungi pihak berkuasa,” ujarnya.

Muslimin sebelum ini disyaki menjadi dalang rancangan pembunuhan isterinya, Rina Wulandari di Semarang.

Muslimin dilaporkan mengupah sejumlah orang suruhan untuk menembak kepala isterinya, namun Rina terselamat dan insiden itu dan kini mendapatkan rawatan di hospital.

Selain mengarahkan isterinya ditembak, suspek turut meminta orang suruhannya meracun dan menyantau wanita itu sehingga mati.

Sementara itu, polis akan menyiasat kes berkenaan sama ada Muslimin mati akibat bunuh diri atau dibunuh pihak lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya