Thailand wujud hub pengeluaran produk berasaskan hemp

Thailand wujud hub pengeluaran produk berasaskan hemp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Dalam tempoh lima tahun, kerajaan Thailand merancang untuk mewujudkan hub serantau bagi pengeluaran produk yang berkaitan dengan rami (hemp).

Menurut Menteri Industri, Suriya Jungrungreangkit memaklumkan kerajaan bakal memperoleh keuntungan sekurang-kurangnya 25 bilion baht (RM3.1 bilion) hasil daripada sektor perniagaan tersebut.

“Tumbuhan rami sudah memainkan peranan penting di banyak negara ketika ini dan sebahagiannya juga boleh dijadikan bahan komersial bernilai tinggi.

“Antara strategi untuk mengembangkan pengeluaran produk berkaitan rami termasuk mengembangkan pasaran rami secara global.

“Perkara itu boleh dicapai selepas lebih banyak negara mula melonggarkan undang-undang berkaitan penggunaan ganja dan rami, contohnya seperti di Amerika Syarikat (AS), Kanada, Australia, Kesatuan Eropah (EU), China, Jepun dan Korea Selatan,” katanya seperti yang dilapor The Thaiger.

Berdasarkan pelan yang dirancang kerajaan, tanaman rami yang dihasilkan dan ditanam di Thailand boleh bernilai sekurang-kurangnya 20,000 baht (RM2,449) per rai (satu rai bersamaan keluasaan 1,600 meter persegi).

“Nilai itu secara tidak langsung menggalakkan peluang pekerjaan dalam sektor agrikultur di negara ini,” jelas Jungrungreangkit.

Ketika ini, terdapat lebih 50,000 produk rami yang terdiri daripada pelbagai jenis, termasuk tekstil, makanan dan minuman, makanan haiwan, kosmetik dan bahan binaan bangunan.

Nilai bagi pasaran rami secara global dianggarkan sebanyak 142 bilion baht (RM17.4 bilion) pada 2020, meningkat 22.4 peratus bagi tahun itu.

Menjelang 2027, sektor berkenaan dijangka boleh meraih keuntungan sebanyak 558 bilion baht (RM68.3 bilion) secara tahunan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN