Tahap perlindungan dan keselamatan Abe ketika berkempen dipersoal - Utusan Malaysia

Tahap perlindungan dan keselamatan Abe ketika berkempen dipersoal

SHINZO ABE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Insiden yang menimpa bekas perdana menteri, Shinzo Abe yang ditembak dari jarak dekat mencetuskan pelbagai persoalan mengenai tahap perlindungan yang diberikan kepada figura berprofil tinggi di negara ini.

Ahli politik di Jepun sering melakukan perjalanan ke pelbagai tempat dengan iringan pasukan keselamatan yang ‘tidak terlalu ramai’ berbanding individu kenamaan di Amerika Syarikat dan negara lainn yang kadar jenayahnya adalah tinggi.

Stesen penyiaran Nippon Television yang memetik polis Nara melaporkan, Abe dilindungi oleh seorang pegawai polis yang pakar menggunakan senjata dan sejumlah anggota keselamatan yang lain ketika berkempen di wilayah tersebut.

Namun, polis Nara enggan mengulas berapa ramai anggota polis yang ditugaskan untuk melindungi Abe.

Ketika Abe ditembak, beliau berdiri di persimpangan di luar stesen kereta api dan berhadapan dengan orang ramai ketika kenderaan melintas di belakangnya.

Keadaan yang terdedah itu memberi ruang dan peluang kepada suspek untuk melepaskan tembakan.

Sejumlah pengkritik menyatakan kawalan keselamatan terhadap Abe perlu diketatkan kerana lokasi terbuka.

“Abe perlu dilindungi dari semua sudut dan jika perkara itu tidak dilakukan 100 peratus, maka risiko bahaya adalah tinggi,” kata pakar keselamatan, Koichi Ito.

Media tempatan melaporkan, hanya 10 insiden membabitkan senjata api berlaku di negara ini pada tahun lalu dan melibatkan satu korban jiwa. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN