Syarikat insurans enggan tolong Heard langsai saman Depp

Syarikat insurans enggan tolong Heard langsai saman Depp

AMBER Heard perlu membayar ganti rugi sebanyak AS$8 juta kepada bekas suaminya, Johnny Depp. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Syarikat insurans Amber Heard menolak untuk membiayai sebahagian daripada tuntutan saman berjumlah AS$8 juta (RM35 juta) yang dikenakan terhadap aktres itu oleh bekas suaminya, Johnny Depp.

Heard mempunyai polisi liabiliti bernilai AS$1 juta (RM4.4 juta) dengan Syarikat Insurans Am dan New York Marine dan aktres itu berharap dapat menggunakan wang tersebut untuk menampung sebahagian daripada saman yang perlu diselesaikannya.

Lapor TMZ, polisi itu meliputi pelbagai jenis salah laku termasuk fitnah, tetapi terdapat klausa yang mungkin menyebabkan syarikat tersebut enggan membayar sebahagian saman heard.

Di bawah undang-undang California, syarikat tersebut menyatakan pihaknya boleh menolak membayar sebahagian saman berkenaan jika Heard didapati melakukan kesalahan ‘secara sengaja’.

Marin New York menyatakan, berdasarkan penilaian yang dibuat oleh hakim dan juri, mereka mendapati tuduhan yang dilakukan oleh Heard adalah disengajakan dan berniat jahat.

Sehubungan itu, syarikat insurans berkenaan mahu menungu hakim mengisytiharkan bahawa mereka tidak akan terlibat dalam pembiayaan saman Heard berdasarkan polisi yang diambil oleh aktres terbabit.

Pasukan peguam Heard sebelum ini menuntut supaya kes tersebut dibicarakan semula apabila mendakwa seorang daripada juri mempunyai identiti yang bercanggah, sekali gus menjejaskan pembuatan keputusan.

Selepas kalah dalam perbicaraan dengan Depp, Heard sehingga kini masih enggan menerima kenyataan tersebut dan menari jalan untuk memastikan tuntutannya adalah berasas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya