Singapura setuju import ayam dari Indonesia

Singapura setuju import ayam dari Indonesia

INDONESIA menjadi negara terbaharu yang akan mengeksport bekalan ayam ke Singapura. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Republik ini bersetuju menjadikan Indonesia sebagai sumber baharu bagi mengimport bekalan ayam sejuk, beku dan proses.

Menurut Agensi Makanan Singapura (SFA), ayam yang dari Indonesia yang diluluskan kini boleh diimport sebagai tambahan kepada sumber sedia ada seperti Brazil, Thailand dan Australia.

Lebih 20 negara mendapat kelulusan untuk mengeksport ayam ke Singapura yang sebelum ini bertungkus-lumus memastikan bekalan mencukupi selepas Malaysia melaksanakan larangan mengekport ayam ke luar pada 1 Jun lalu.

Sebanyak satu per tiga bekalan ayam republik ini dibekalkan dari Malaysia.

Keputusan untuk menerima Indonesia sebagai sumber baharu eksport ayam ke republik ini dibuat selepas pihak berkuasa Singapura berkunjung ke negara itu bagi melakukan audit terhadap keselamatan makanan dan kawalan kesihatan haiwan.

SFA memaklumkan, pasukannya mengunjungi sejumlah tempat ternakan ayam, stesen kuarantin dan makmal bagi memahami sistem yang digunakan.

Dalam pada itu, menerusi hantaran dalam Facebook, Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar, Grace Fu memaklumkan bekalan global akan terus berdepan ketidaktentuan dan Singapura perlu bersedia secara psikologi dengan situasi itu.

“Ketika kerajaan berusaha memastikan langkah proaktif diambil bagi menangani masalah yang timbul, pengguna dan pemain industri makanan juga perlu mempunyai peranan penting,” ujarnya.

Indonesia sebelum ini memaklumkan negaranya mempunyai lebihan pengeluaran bekalan ayam sebanyak 15 hingga 20 peratus selepas penggunaan domestik.

Negara itu menghasilkan sebanyak 55 hingga 50 juta bekalan ayam setiap minggu. – CNA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN