Semua kumpulan jemaah haji Indonesia sudah tiba di Mekah

Semua kumpulan jemaah haji Indonesia sudah tiba di Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kesemua 240 kumpulan jemaah haji Indonesia dilaporkan sudah tiba di Mekah bagi melengkapkan rukun ibadah haji tahun ini.

Ketua Kerja Mekah, Mukhammad Khanif seperti yang dilapor Antara berkata, kesemua kumpulan itu melibatkan 92,668 jemaah haji dan para petugas.

Katanya, kuota jemaah haji Indonesia tahun ini mencecah 100,051 orang yang terdiri dari 92,825 jemaah haji biasa dan 7,226 jemaah khusus.

“Alhamdulillah semua kumpulan jemaah haji sudah tiba di Mekah dan insya Allah, kita akan lengkapkan rukun haji sehingga selesai.

“Kami akan memberikan perkhidmatan dan kemudahan yang menyeluruh kepada semua jemaah untuk keselesaan mereka,” katanya.

Selain itu, Mukhammad turut menasihatkan para jemaah supaya sentiasa menjaga kesihatan bagi memastikan mereka sihat untuk melakukan wukuf di Arafah yang merupakan kemuncak ibadah haji.

Jelasnya, semua proses untuk melengkapkan rukun haji sudah mengikut peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pergerakan semua jemaah.

Sehubungan itu, para jemaah perlu sentiasa peka dengan arahan dan peraturan yang ditetapkan bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN