BEIJING: Sambutan Hari Raya Aidiladha di China akan disambut berbeza mengikut setiap wilayah dan bandar di negara ini.
Persatuan China Muslim berkata, ada wilayah yang akan menyambut pada hari Sabtu (9 Julai) dan sebahagian meraikan pada Ahad (10 Julai).
Imam di Masjid Beijing memaklumkan Aidiladha disambut pada Ahad, manakala, beberapa penganut Islam di wilayah Qinghai meraikan pada Sabtu.
Taiwan pula akan menyambutnya pada Sabtu dan Jepun pada Ahad.
Penduduk Islam terutamanya di Xinjiang, Qinghai dan Ningxia menyambut Aidiladha dengan sembelihan binatang korban dan mengagihkan daging kepada komuniti setempat.
Bagaimanapun, sambutan perayaan kali ini masih tidak membenarkan umat Islam menunaikan solat di masjid kerana masih ditutup akibat pandemik Covid-19.