Saintis hasilkan gula-gula getah cegah jangkitan Covid-19

Saintis hasilkan gula-gula getah cegah jangkitan Covid-19

GULA-gula getah itu mengandungi salinan protein ACE2 yang ditemukan dalam permukaan sel. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sekumpulan saintis berjaya menghasilkan gula-gula getah yang didakwa boleh ‘memerangkap’ virus Covid-19 dalam air liur.

Langkah tersebut sekaligus mampu mengurangkan gejala dan risiko penularan jangkitan virus itu.

Lapor Daily Mail, gula-gula getah itu mengandungi protein tumbuhan yang memerangkap virus SARS-CoV-2 di dalam air liur sehingga melambatkan virus terbabit merebak daripada individu ke individu serta dari sel ke sel pesakit.

Protein tersebut biasanya ditemukan dalam Covid-19 untuk memasuki sel ketika menjangkiti seseorang individu.

Namun, dengan replikasinya, kumpulan penyelidik di Sekolah Perubatan Pergigian Penn berjaya `mengurung’ virus itu dalam mulut individu yang mengunyah gula-gula getah berkenaan.

Rawatan itu dibangunkan oleh pasukan penyelidik diketuai oleh Dr. Henry Daniell dengan bantuan saintis di Sekolah Perubatan Perelman dan Sekolah Perubatan Veterinar Penn.

Pasukan penyelidik kini bersiap sedia untuk melaksanakan ujian klinikal pertama dan berharap gula-gula getah itu menjadi pilihan ubat kos rendah dan mudah digunakan untuk memerangi Covid-19.

“Kita menggunakan pelitup muka dan pendekatan fizikal lain untuk mengurangkan risiko penularan.

“Jadi, gula-gula getah ini boleh juga digunakan sebagai alat tambahan dalam usaha melawan Covid-19,” katanya kepada Penn Today.

Gula-gula getah itu mengandungi salinan protein ACE2 yang ditemukan dalam permukaan sel, yang digunakan koronavirus untuk memasuki sel badan menjangkiti individu.

Dalam eksperimen tabung uji menggunakan air liur individu dijangkiti varian Delta atau Omicron, zarah virus dikatakan melekat sendiri pada `reseptor’ ACE2 dalam gula-gula getah itu sehingga ia jatuh ke paras yang tidak dapat dikesan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN