PM Britain enggan sokong mana-mana calon gantikan tempatnya - Utusan Malaysia

PM Britain enggan sokong mana-mana calon gantikan tempatnya

partygate
BORIS JOHNSON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, menegaskan tidak akan menyokong mana-mana calon yang bertanding untuk menggantikannya.

“Saya tidak mahu merosakkan peluang mana-mana calon dan tidak mahu bercakap lebih lanjut mengenainya.

“Terdapat pertandingan sedang dijalankan dan ia mesti berlaku, saya tidak mahu merosakkan peluang sesiapa dengan menawarkan sokongan saya.

“Saya hanya perlu meneruskan dan dalam beberapa hari atau minggu terakhir, tugas perlembagaan Perdana Menteri dalam keadaan ini adalah untuk menunaikan mandat diberi dan itulah yang saya lakukan,” katanya.

Setakat ini seramai 11 calon mengumumkan untuk bertanding merebut jawatan Perdana Menteri Britain.

Menteri Perdagangan, Penny Mordaunt, adalah yang terbaharu secara rasmi mengisytiharkan beliau akan bertanding merebut jawatan berkenaan.

Menyertainya ialah Menteri Pengangkutan, Grant Shapps; Menteri Kewangan, Nadhim Zahawi dan bekas menteri, Jeremy Hunt serta Menteri Kesihatan, Sajid Javid.

Turut mengumumkan pencalonan adalah Ahli Parlimen Konservatif, Rehman Christi dan Setiausaha Luar Negara, Liz Truss.

Calon lain termasuk ahli Parlimen Konservatif, Kemi Badenoch dan Tom Tugendhat selain Peguam Negara, Seulla Braverman dan bekas Setiasaha Perbendaharaan, Rishi Sunak.

Johnson, 58, digesa meletak jawatan selepas beberapa siri skandal yang melanda pentadbirannya.

Katanya, dalam minggu-minggu terakhirnya di Downing Street, beliau akan melihat kepada perkembangan masa depan serta pelaburan dalam sains dan teknologi.

Johnson berkata demikian dalam penampilan pertamanya sejak minggu lalu susulan pengumumannya untuk meletak jawatan.

Jawatankuasa Penggubal Undang-undang Parti Konservatif 1922 akan menetapkan jadual waktu yang tepat bagi pemilihan selepas mesyuarat pada Isnin ini.

Seorang Pegawai Eksekutif Jawatankuasa 1922, Bob Blackman, berkata pencalonan akan ditutup pada petang Selasa, diikuti dengan proses untuk mengurangkan calon pada dua peringkat akhir menjelang 21 Julai.

Ahli parti akan memilih pemimpin parti baharu pada musim panas, yang kemudiannya akan diumumkan sebagai Perdana Menteri manakala keputusan pemilihan kepimpinan akan diumumkan pada September.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN