Peluru berpandu Russia gegar wilayah Ukraine - Utusan Malaysia

Peluru berpandu Russia gegar wilayah Ukraine

BANGUNAN kediaman musnah akibat serangan peluru berpandu Russia di Kyiv, Ukraine, baru-baru ini. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Serangan peluru berpandu Russia terus menggegarkan beberapa bandar di Ukraine, ketika pemimpin negara G7 mengakhiri sidang kemuncak di Madrid.

Pemimpin G7 mengutuk pencerobohan Russia dan berikrar untuk berdiri bersama Ukraine, selepas laporan berkaitan 130 serangan peluru berpandu dilancarkan dalam tempoh empat hari di negara itu.   

Lapor The Guardian, Datuk Bandar Vitaliy Kim berkata, sekurang-kurangnya tiga penduduk terbunuh akibat serangan peluru berpandu Russia selepas mengenai bangunan kediaman di bandar MyKolaiv, selatan Ukraine.

Moscow mengaku melancarkan serangan di bandar itu, namun mendakwa menyasarkan sebuah pangkalan latihan untuk `askar upahan asing’ di wilayah itu.

Rakaman video dikeluarkan oleh pihak berkuasa Ukraine menunjukkan kepulan asap tebal kelihatan selepas serangan dilancarkan terhadap sebuah bangunan empat tingkat yang sebahagian besarnya musnah.

Gabenor Oleksandr Vilkul berkata, tentera Russia meningkatkan serangan di Kryvyi Rih, tengah Ukraine sejak beberapa hari lalu.

“Malah, beberapa perkampungan sudah lenyap dari muka bumi ini,” katanya.   

Ketua Komander Angkatan Tentera Ukraine, Valerii Zaluzhnyi berkata, Russia menembak kira-kira 130 peluru berpandu ke arah Ukraine dalam tempoh empat hari lalu.

Ia termasuk serangan ke atas sebuah pusat membeli belah di Kremenchuk, tengah Ukraine sehingga mengorbankan 20 orang awam.

“Musuh melakukan serangan peluru berpandu ke atas wilayah negara ini,” katanya.

Russia menafikan melancarkan serangan dengan menyasarkan tempat awam, namun berdasarkan data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekurang-kurangnya 4,700 penduduk terbunuh sejak pencerobohan Moscow bermula.

Sementara itu, Gabenor wilayah Luhansk, Serhiy Haidai berkata, Russia melancarkan serangan habis-habisan di bandar itu ketika pasukan tentera cuba mengepungnya.    

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya