Pakai kereta Alphard untuk edar dadah - Utusan Malaysia

Pakai kereta Alphard untuk edar dadah

JABATAN Siasatan Jenayah Narkotik menunjukkan rampasan kristal methamphetamine dalam sidang akhbar di ibu pejabat polis Metro Jaya. - KOMPAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Polis Metro Jaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah rangkaian Malaysia-Indonesia dengan menahan lapan individu dan merampas sebanyak 79 kilogram (kg) kristal methamphetamine.

Lapor Kompas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Metro Jaya, Mukti Juharsa berkata, individu tersebut didapati mengedarkan dadah tersebut di dalam kereta mewahnya sambil berpura-pura membawa penumpang yang sakit.

Mukti memaklumkan modus operandi kumpulan individu itu mengedar kristal methamphetamine di Sumatera, Banten dan Jakarta.

“Mereka menggunakan kereta mewah dan yang diubah suai bagi menyembunyikan dadah untuk diedarkan di Jakarta,” katanya dalam sidang akhbar.

Menurut Mukti, seorang pengedar dadah yang ditahan di wilayah Daan Mogot, Jakarta Barat didapati membawa 30kg kristal methamphetamine dengan menggunakan Toyota Alphard Vellfire.

Katanya, pengedar dadah yang dikenali sebagai PS dan AM dilaporkan membawa dadah methamphetamine menggunakan kereta Hyundai.

Jelas Mukti, kenderaan itu juga diubah suai supaya boleh digunakan untuk menyimpan dadah.

“Malah, PS dan AM sering bertukar peranan sebagai orang sakit setiap kali mengedarkan dadah,” katanya.

Sementara itu, Mukti berkata, kesemua pengedar dadah itu ditahan di Jakarta, Serang dan Medan.

Jelasnya, mereka mendapat dadah daripada individu dikenali sebagai J dari Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya