Mahkamah tolak permohonan Musk tangguh bicara - Utusan Malaysia

Mahkamah tolak permohonan Musk tangguh bicara

ELON MUSK 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOVER: Mahkamah Chancery Delware menolak permohonan pasukan pembelaan hartawan, Elon Musk supaya menangguhkan perbicaraan mengenai pembatalan perjanjian pengambilalihan syarikat Twitter bernilai AS$44 bilion (RM195 bilion). 

Keputusan itu secara tidak langsung membawa kemenangan kepada syarikat media sosial itu dalam usaha mempercepatkan perbicaraan agar Musk melengkapkan proses penggabungan pada harga dipersetujui, iaitu AS$54.20 (RM240) bagi satu unit saham Twitter.   

Memetik laporan The Guardian, Ketua Hakim Kathaleen McCormick memutuskan perbicaraan diadakan Oktober depan.    

Justeru, beliau meminta pihak terlibat untuk menyusun jadual untuk perbicaraan Oktober yang akan berlangsung selama lima hari.

McCormick memutuskan demikian setelah mendapati wujudnya `beberapa ketidakpastian’ dalam isu syarikat media sosial itu.

Malah, beliau juga menerima hujah dikemukakan oleh pasukan peguam Twitter bahawa penangguhan hanya akan menyebabkan kesan buruk kepada perniagaan syarikat itu.

“Penangguhan mungkin mengancam bahaya yang tidak dapat diperbaiki.

“Semakin lama ditangguhkan, semakin besar risiko yang bakal dihadapi,” katanya.

Tambah McCormick, mahkamah juga mampu melaksanakan `proses litigasi yang rumit dengan segera’.

Sebelum ini, Twitter memfailkan permohonan mempercepatkan perbicaraan September depan kerana tempoh sah perjanjian penggabungan syarikat itu dengan Musk akan tamat pada 25 Oktober ini.       

Dalam pada itu, pakar undang-undang menyifatkan keputusan mahkamah tersebut merupakan berita baik untuk Twitter, yang memohon proses disegerakan untuk menyelesaikan pertikain berkenaan.

Sementara itu, peguam mewakili Twitter, William Savitt mendakwa Musk `cuba melakukan sabotaj’ terhadap syarikat tersebut.

“Beliau melakukan sedaya upaya untuk menjatuhkan Twitter,” katanya pada sesi pendengaran secara maya.     

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.