RAMALLAH: Seorang lelaki Palestin dibunuh oleh tentera Israel ketika dalam satu serbuan di Tebing Barat.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, Rafiq Riyad Ghannem, 20, ditembak oleh tentera zionis berhampiran bandar Jenin di utara Tebing Barat.
Kementerian dalam satu kenyataan memaklumkan Rafiq dibunuh di pekan Jaba.
Bagaimanapun, tentera Isreal masih belum memberi maklum balas berhubung insiden tersebut.
Ahad lalu, seorang remaja berusia 17 tahun dikenali sebagai Kamel Alawnah maut selepas ditembak tentera Israel di Tebing Barat di bandar yang sama.
Sekurang-kurangnya 50 penduduk Palestin terbunuh sejak akhir Mac lalu, kebanyakannya di Tebing Barat.
Pasukan keselamatan Israel melancarkan serbuan hampir setiap hari di Tebing Barat berikutan siri serangan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Sebelum ini seorang remaja berusia 17 tahun maut selepas ditembak oleh tentera Israel di Tebing Barat, sehari sebelumnya, kata sumber perubatan Palestin.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, remaja dikenali sebagai Kamel Alawnah meninggal dunia akibat ditembak oleh tentera Israel di bahagian perut dan tangan di Jenin.
Sumber perubatan memaklumkan Kamel cedera di Jaba, sebuah kampung di wilayah Jenin di utara Tebing Barat.
Namun, tentera Israel menerusi kenyataan mendakwa menyatakan “seorang suspek melemparkan bom molotov” ke arah pasukan tenteranya berhampiran Jaba, pada Sabtu lalu.
“Jadi, tentera bertindak balas dengan melepaskan tembakan ke arah suspek,” jelas kenyataan itu.
Dilaporkan, seramai 49 warga negara itu terbunuh sejak akhir Mac lalu di seluruh Israel dan wilayah Palestin. – AFP