Lelaki mabuk difitnah kanak-kanak 7 tahun bunuh adik

Lelaki mabuk difitnah kanak-kanak 7 tahun bunuh adik

LELAKI yang dikenali sebagai Tae difitnah kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang mendakwa dia membunuh adiknya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang lelaki tidak semena-mena disoal siasat polis selepas dia didakwa membunuh seorang kanak-kanak lelaki dengan melemaskannya di dalam sungai.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Tae ditahan polis bagi membantu siasatan selepas abang mangsa yang berusia tujuh tahun dan rakannya memberitahu polis bahawa lelaki itu mencekik adiknya dan melemaskannya di dalam sungai sehingga mati.

Berdasarkan keterangan abang mangsa, Tae yang ketika itu dalam keadaan mabuk datang ke arah mereka yang sedang memancing di tasik berhampiran rumah.

“Abang mangsa menceritakan bagaimana Tae mencekik adiknya dan melemaskan kanak-kanak itu di dalam sungai sehingga mati sebelum membiarkan mayat adiknya dan berlalu pergi.

“Abang mangsa turut memberitahu, Tae berpesan kepada mereka supaya tidak menceritakan perkara itu kepada sesiapa dan memukul kepada dia serta rakannya.

“Disebabkan cerita itu, kami menahan Tae untuk membantu siasatan dan lelaki tersebut menafikan dia terlibat dalam kes berkenaan, selain memberitahu dia tidak pulang ke rumah ketika kejadian berlaku,” kata polis daerah Mueang Lopburi.

Polis juga menyoal beberapa penduduk lain mengenai Tae dan kebanyakan mereka menolak idea lelaki itu membunuh kanak-kanak, selain menceritakan dia hanya mengalami ketagihan alkohol.

Beberapa jam kemudian, abang mangsa menghubungi polis sekali lagi dan mengakui bahawa dia berbohong mengenai penglibatan Tae serta memberitahu, dia mereka cerita kerana takut dimarahi ibu bapanya berhubung adiknya mati lemas.

“Abang mangsa mengakui dia sebenarnya mereka cerita kerana takut dimarahi ibu bapanya kerana tidak menjada adiknya sehingga lemas.

“Namun, dia belum menceritakan bagaimana adiknya boleh lemas di dalam tasik tersebut dan Tae juga sudah dibebaskan,” menurut polis.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN