Lebih ramai jemaah dijangka dibenarkan tunai haji tahun depan - Utusan Malaysia

Lebih ramai jemaah dijangka dibenarkan tunai haji tahun depan

JEMAAH dari seluruh dunia berkumpul di Jabal al-Rahmah sambil berdoa menjelang hari wukuf di Arafah semalam iaitu kemuncak kepada ibadah haji. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAFAH: Menteri Kesihatan Arab Saudi, Fahd Al-Jalajel menjangkakan keadaan kesihatan akan bertambah baik dan lebih ramai jemaah bakal dibenarkan menunaikan ibadah haji pada tahun depan.

Dalam wawancaranya bersama stesen televisyen Al-Arabiya, Fahd berkata, kementerian mempunyai perancangan awal bagi haji setiap tahun dan tahun ini, senario yang dijangkakan sudah ditetapkan lebih awal, dengan mengambil kira ancaman kesihatan, situasi semasa pandemik dan ketibaan vaksin.

Fahd turut mendedahkan bahawa Riyadh sudah melakar perancangan awal bagi melindungi kesihatan jemaah, sambil menekankan status kesihatan jemaah sangat memuaskan.

“Kes strok matahari yang dilaporkan pada Hari Arafah tidak tinggi dan jumlah kes di unit rawatan rapi (ICU) sangat rendah.

“Pematuhan kepada protokol kesihatan dan meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan payung amat membantu,” katanya seperti yang dilaporkan Saudi Gazette.

Lebih ramai jemaah dapat menunaikan rukun Islam yang kelima itu dan ia turut menunjukkan manfaat maksimum yang diraih negara ini dan dunia dalam melaksanakan program vaksinasi.

Selain pandemik, ancaman kesihatan lain turut diambil kira seperti strok matahari, tekanan dan keletihan, terutama sekali pada musim panas, serta penyakit epidemik seperti cacar monyet.

Fahd turut menekankan betapa pentingnya persiapan awal dan persediaan prasarana Kementerian Kesihatan, selain menetapkan syarat-syarat, pemeriksaan awal dan proses pemantauan serta pemeriksaan mempunyai kesan yang berkesan terhadap keselamatan jemaah secara amnya sepanjang musim haji tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN