JAWA: Kubur seorang wanita berusia 53 tahun di Kelurahan Sragen Wetan, Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, terpaksa digali semula selepas pihak keluarga mencurigai kematian mangsa.
Lapor Tribunnews, mangsa ditemukan maut dalam keadaan bersujud dengan kepalanya berada di dalam baldi.
Ketika itu, difahamkan dia sedang membasuh bekas makanan di dalam tandas sebelum ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa lagi.
Pada mulanya, ahli keluarga tidak mengesyaki sebarang kejadian tidak diingini yang menyebabkan kematiannya.
Bagaimanapun, persoalan mengenai kematian mangsa mula dipersoalkan selepas dikebumikan di Tempat Pemakaman Sarekat Islam, Sragen Wetan.
“Ini kerana, berdasarkan kedudukan mangsa jatuh dan lebam di wajahnya.
“Selepas dikebumikan baru terasa ada sesuatu yang aneh, lantaran kedudukan mangsa jatuh seperti bersujud dengan kepalanya masuk ke dalam baldi berisi air.
“Air di dalam baldi pun tidak penuh,” kata anak mangsa.
Dian berkata, ibunya dalam keadaan sihat dan aktif pada waktu pagi semasa hari kejadian.
Pihak polis menjalankan siasatan berhubung kes kematian itu.