WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden disahkan positif Covid-19 sekali lagi sejak semalam.
Pemimpin berusia 79 tahun itu dilaporkan positif selepas tiga hari menjalani pengasingan dan diberikan rawatan dengan ubat anti-viral.
Beliau dijangkit virus itu sejak 21 Julai lalu dan mengalami simptom ringan.
Semalam, Biden berkata, beliau tidak mengalami sebarang simptom tetapi perlu mengasingkan diri demi keselamatan orang lain.
Menerusi surat yang menjelaskan situasi terkini Biden, Dr. Kevin O’Connor berkata, tiada keperluan menyambung semula rawatan, tetapi Biden akan tetap ‘dipantau secara rapat’.-BBC