'Jho Low 2' ditahan di Thailand - Utusan Malaysia

‘Jho Low 2’ ditahan di Thailand

TEOW Wooi Huat dibawa ke Balai Polis di Sadao selepas ditahan semalam. - BANGKOK POST
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SONGKHLA: Polis menahan seorang ahli perniagaan Malaysia kerana didakwa terlibat melakukan pengubahan wang haram melalui perjudian dalam talian di negara ini.

Bangkok Post melaporkan, Teow Wooi Huat, juga dikenali sebagai Tedy, ditangkap di ibu pejabat syarikatnya, MBI Group di Dan Nok berhampiran pusat pemeriksaan sempadan di daerah Sadao di wilayah selatan, awal pagi semalam.

Wooi Huat, 55, didakwa melakukan pengubahan wang haram berhubung perjudian dalam talian di selatan Thailand, kata Penolong Ketua Polis Negara, Surachate Hakparn.

Penangkapan itu dibuat selepas penyiasat menyemak bukti daripada serbuan terhadap sarang perjudian dalam talian di Songkhla, Nakhon Si Thammarat dan wilayah selatan lain serta menemukan kaitan dengan Wooi Huat.

Ahli perniagaan Malaysia itu mengasaskan MBI Group, yang mengendalikan kompleks hiburan, termasuk resort di Dan Nok.

MBI International Sdn. Bhd. miliknya juga menjalankan beberapa perniagaan di Malaysia.

Dia pada mulanya ditahan pada 2017 oleh pihak berkuasa Malaysia atas tuduhan dadah. Tidak diketahui apa yang berlaku kepada tuduhan itu dan bagaimana dia berjaya menyeberang ke Thailand dan menjalani kehidupan mewah.

Di Malaysia, Wooi Huat digelar ‘Jho Low 2 – merujuk kepada anak jati Pulau Pinang yang mendalangi penyelewengan berbilion-bilion dolar daripada dana 1MDB. Seperti Jho Low, Wooi Huat berasal dari Pulau Pinang dan dikenali sering bercampur dengan golongan selebriti.

Menurut laporan South China Morning Post, Wooi Huat dikehendaki berhubung penipuan pengubahan wang haram sebanyak RM336 juta (AS$83 juta) di Macau.

Polis percaya suspek adalah dalang di sebalik sindiket yang menipu orang ramai di Macau supaya melabur wang mereka dalam syarikat palsu.

Pelaburan itu ditapis melalui beberapa siri akaun sebelum akhirnya digunakan untuk membeli hartanah mewah di Malaysia dan Thailand dan untuk melabur dalam mata wang kripto, kata polis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya