Jangkitan Covid-19 di Itali membimbangkan - Utusan Malaysia

Jangkitan Covid-19 di Itali membimbangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Jangkitan baharu Covid-19 di Itali melepasi 100,000 kes semalam untuk dua hari berturut-turut, ketika subvarian Omicron, BA.5 terus merebak di negara itu.

Data Kementerian Kesihatan Itali menunjukkan 107,786 jangkitan baharu direkodkan semalam, menurun berbanding 132,274 kes pada Selasa, menjadikan jumlah kes aktif meningkat kepada hampir 1.15 juta.

Selasa lalu, kes baharu Covid-19 di Itali melepasi 100,000 buat pertama kali sejak awal Februari lalu.

Berdasarkan data terkini, kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Itali masih kekal di atas 1.0, yang menunjukkan wabak itu berada dalam fasa pengembangan.

Pada masa sama, jumlah saringan Covid-19 di Itali mencatat penurunan semalam kepada 380,000 berbanding hampir 465,000 sehari sebelumnya, namun kadar positif atau peratusan keputusan saringan yang positif, kekal pada 28.4 peratus.

Jumlah pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi (ICU) pula kekal stabil, namun jumlah kemasukan ke hospital secara keseluruhan mencecah 8,220 kes, peningkatan sebanyak 217 kes berbanding jumlah pada Selasa.

Itali turut merekodkan 72 kematian baharu akibat wabak itu semalam. Kes kematian harian kekal di bawah 100 sejak hujung Mei lalu, namun jumlah 94 kes kematian dicatatkan Selasa lalu adalah yang tertinggi dalam tempoh lebih sebulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN