Jam tangan Hitler dilelong RM4.89 juta - Utusan Malaysia

Jam tangan Hitler dilelong RM4.89 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seutas jam yang dipercayai milik pemimpin Nazi, Adolf Hitler dijual pada harga AS$1.1 juta (RM4.89 juta) dalam acara lelong.

Jam tangan jenama Huber yang dijual kepada seorang pembida tidak diketahui identitinya itu mempunyai lambang swastika dan ukiran huruf AH.

Pemimpin Yahudi mengutuk lelongan tersebut yang berlangsung di Maryland.

Hitler mengetuai Nazi antara tahun 1933 dan 1945 dengan melakukan kekejaman terhadap lebih 11 juta orang dengan enam juta daripadanya merupakan orang Yahudi.

Penganalisis memaklumkan, jam tangan itu kemungkinan diberikan kepada Hitler sebagai hadiah hari jadi pada 1933.

Jam itu kemudiannya dijadikan cenderamata apabila 30 anggota tentera Perancis menyernu Berghof, iaitu resort percutian Hitler pada Mei 1945.

Selepas insiden itu, jam tersebut dijual beberapa kali dan diserahkan kepada sejumlah individu sehingga kini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN