Indonesia mula eksport ayam ke Singapura esok - Utusan Malaysia

Indonesia mula eksport ayam ke Singapura esok

AYAM merupakan antara barangan asas yang merekodkan peningkatan harga dalam pasaran Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia akan mula mengimport bekalan ayam ke Singapura esok.

Jurucakap Kementerian Agrikultur Indonesia, Tri Mela Sari berkata, penghantaran pertama melibatkan bekalan ayam beku yang dibekalkan oleh syarikat milik Indonesia di Thailand, Charoen Pokphand dengan jumlah eksport tidak didedahkan.

“Kami akan menghantar bekalan ayam pertama ke Singapura esok,” katanya.

Menurut Agensi Makanan Singapura (SFA), sebanyak tiga syarikat dari Indonesia diberi kebenaran untuk mengeksport bekalan ayam ke republik ini.

Dua daripada syarikat itu adalah anak syarikat Indonesia, Charoen Pokphand, manakala satu lagi syarikat ialah Japfa Comfeed.

Selain itu, Tri turut memaklumkan dua lagi syarikat masih mengadakan rundingan dengan Singapura.

“Perbincangan masih berlangsung dan berapa cepat proses penghantaran bekalan ayam yang seterusnya bergantung kepada rundingan yang dilakukan.

“Sehingga kini, terdapat 12 lagi syarikat Indonesia yang menunggu kebenaran untuk mengeksport bekalan ayam ke Singapura,” ujarnya.

Jelasnya, kesemua permohonan kelulusan itu sudah diserahkan kepada SFA untuk penilaian.

Singapura mengimport sebanyak 214,000 tan ayam pada tahun lalu dengan satu per tiga daripadanya dari Malaysia. – CNA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya