India lantik Presiden, Sri Lanka pilih PM baharu

India lantik Presiden, Sri Lanka pilih PM baharu

DROUPADI MURMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: India bakal melantik Presiden baharu bagi menggantikan Ram Nath Kovind, 76, yang akan tamat penggal lima tahunnya 24 Julai ini.

Droupadi Murmu, 64, akan menjadi presiden wanita kedua negara itu dicalonkan oleh parti pemerintah, Parti Bharatiya Janata (BJP) menewaskan calon pembangkang Yashwant Sinha, 84.

Murmu merupakan seorang ahli politik wanita daripada komuniti puak di negeri timur Odisha.

Sinha bekas menteri kewangan yang meletak jawatan daripada BJP pada 2018 kerana berbeza pandangan politik turut mengucapkan tahniah kepada Murmu.

“India berharap sebagai presiden ke-15 republik itu beliau dapat berfungsi sebagai penjaga Perlembagaan tanpa rasa takut atau pilih kasih,” kata Sinha dalam kenyataan.

Pengundian diadakan pada Isnin dan pengiraan undi selesai pada Khamis.

Presiden India dipilih secara tidak langsung oleh anggota dewan secara undi elektoral.

Dalam perkembangan lain, Dinesh Gunawardena mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Sri Lanka baharu hari ini, lapor saluran televisyen tempatan.

Pelantikan Gunawardena dibuat sehari selepas Ranil Wickremesinghe mengangkat sumpah Presiden baharu semalam.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN