Harga minyak masak paket masih terkawal

Harga minyak masak paket masih terkawal

minyak masak
ZULKIFLI HASAN menunjukkan minyak masak paket di Kompleks Parlimen Senayan, Jakarta. -KOMPAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Perdagangan memaklumkan harga minyak masak paket di negara itu sudah terkawal kerana kebanyakan tempat sudah menjual dengan harga siling ditetapkan iaitu 14,000 rupiah (RM4.20) seliter. 

Walaupun begitu, Menterinya, Zulkifli Hassan berkata, masih ada daerah yang menjual lebih mahal daripada harga ditetapkan. 

“Bila disemak di Jawa, Bali, Sumatera dan Kalimantan minyak masal dijual dengan harga 14,000 rupiah. Di Papua, Tarakan dan Maluku ada yang menjual 20,000 rupiah (RM5.90),” katanya.  

Zulkifli yang juga Ketua Umum Parti Amanat Nasional (PAN) mengaku sudah memiliki penyelesaian berkaitan bagi menangani harga minyak yang masih tinggi. 

Katanya, jalan keluar itu diharapkan mampu dilaksanakan menerusi program Minyakita. 

“Saya berharap program Minyakita dapat dijual di pasaran dengan harga 14,000 rupiah di seluruh Indonesia bagi memenuhi permintaan masyarakat,” katanya. 

Menurut Zulkifli, bekalan minyak masak juga masih mencukupi khususnya di daerah Jawa dan Bali. 

Mei lalu, kerajaan Indonesia komited untuk memastikan bekalan dan harga bahan itu stabil untuk keperluan rakyat.

Jelasnya, semua sistem akan diperbaiki bagi memastikan masalah serupa tidak berulang pada masa depan.

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) turut memberi jaminan harga minyak masak turun sehingga paras harga yang sewajarnya. 

Jokowi berkata, harga minyak masak bagi pembungkusan secara pukal turun sehingga 14,000 rupiah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.